Fourteenth
assalamualaikum and hello.
mungkin kerana terlalu lama hilang dan menyepi aku jadi bingung. mau jadi seperti dahulu atau kekal seperti sedia; sendiri dan memendam? mungkin kerana itu rasa mendebarkan itu kembali. buat aku jadi takut, nanar dan bingung sendiri. aku jadi fikir bahawa hidup ini tidak adil. kenapa mereka sahaja yang bahagia, kenapa tidak aku?
kerap kali aku menekan hidup, menekan kerja Tuhan. kenapa aku masih di tampuk yang lama? kenapa aku masih begini tanpa ada progress yang boleh untuk dibanggakan? kalau betul hidup ini adil kenapa aku sahaja yang rasa begini? kenapa aku sahaja yang perlu melalui detik-detik hitam yang buat aku perlu hilang dan lesap selama-lamanya daripada orang lain. buat aku mahu menjauh dari yang rapat, menghilang dari yang selalu ada sehingga buat aku jauh dari mereka.
kalau dan mungkin. dua perkataan yang tidak memberi apa-apa rasa buat aku tapi kali ini sumpah aku sanggup pergi daripada terus menerus memikirkan segala kemungkinan yang berlaku, segala kejadian yang sepatutnya aku layak dapatkan. pernah kau rasa seperti ini? rasa hilang, kosong dan bingung dengan diri dan hidup sendiri. mempersoal takdir hidup walaupun sebenarnya kau lebih dari cukup dari yang lain. walhal sebenarnya banyak saja yang telah kau kecapi dalam tahun ini?
berkali-kali aku menempelak diri. mengingatkan diri sendiri untuk tetap bersyukur atas semua yang telah berlaku pada tahun ini. malah, aku dapat lebih dari apa yang aku mahukan sebenarnya. tapi, entahlah kenapa sehingga saat ini aku masih kosong. mungkin kah kerana perasaan iri dan asing itu datang sehingga memusnahkan akal pemikiran aku?
aku cuba untuk kekal bersabar. steady dan okay-okay sahaja. tapi susah. aku rasa tertipu dengan kebahagian yang cuba aku cipta sendiri. aku percaya ini adalah kerana berlaku satu transisi besar dalam hidup sehingga aku jadi seperti ini. tinggal saja aku cuba untuk mengawal tapi itu lah. susah. buat aku hilang arah dan mahu terus hilang dari semuanya.
masih kosong;
fatinjcullen
Comments
Post a Comment