Seventeenth
assalamualaikum dan hi. cuti pertengahah semester sudah bermula sejak tiga hari yang lalu. tapi, hari ini baru ada kesempatan untuk menjengah blog yang semakin berhabuk ini. apa khabar kalian? rindu? minggu depan sudah masuk minggu kelapan daripada 14 minggu sebagai pelajar tahun akhir di sini. sedih? tipu lah kalau tak sedih. tapi, entahlah perasaan sedih itu telah dikaburkan dengan kesibukan yang sukar untuk digambarkan. projek tahun akhir perlu disiapkan sebelum minggu ke 10 tapi sehingga hari ini khabar daripada pihak sekolah masih belum aku dapat berkenaan dengan borang soal selidik yang telah diedarkan. bukan tak cuba untuk telefon dan mesej tapi itulah respon negatif yang aku dapat walau sudah 3 minggu berlalu. tak apalah, cuba untuk bersabar dalam seminggu lagi. semoga semuanya dipermudahkan. semalam, program yang dinantikan telah berakhir. sekaligus untuk pentas akhir telah sudah. perasaan? bercampur baur. gembira kerana dapat berjumpa dengan senior-sen...