Seventeenth
assalamualaikum dan hi.
cuti pertengahah semester sudah bermula sejak tiga hari yang lalu. tapi, hari ini baru ada kesempatan untuk menjengah blog yang semakin berhabuk ini. apa khabar kalian? rindu?
minggu depan sudah masuk minggu kelapan daripada 14 minggu sebagai pelajar tahun akhir di sini. sedih? tipu lah kalau tak sedih. tapi, entahlah perasaan sedih itu telah dikaburkan dengan kesibukan yang sukar untuk digambarkan. projek tahun akhir perlu disiapkan sebelum minggu ke 10 tapi sehingga hari ini khabar daripada pihak sekolah masih belum aku dapat berkenaan dengan borang soal selidik yang telah diedarkan. bukan tak cuba untuk telefon dan mesej tapi itulah respon negatif yang aku dapat walau sudah 3 minggu berlalu. tak apalah, cuba untuk bersabar dalam seminggu lagi. semoga semuanya dipermudahkan.
semalam, program yang dinantikan telah berakhir. sekaligus untuk pentas akhir telah sudah. perasaan? bercampur baur. gembira kerana dapat berjumpa dengan senior-senior dan alumni-alumni yang banyak membentuk aku dalam DD dan menjadi aku yang sekarang. mungkin kedengar agak klise namun itulah hakikatnya. mereka yang banyak membentuk aku dalam DD sehingga ke hari ini aku masih bertahan. walau masih rasa terasing itu wujud.
mungkin sudah tiba masanya aku berhenti. mengejar sesuatu yang tidak pasti. mungkin sudah cukup 3 tahun aku begini. mungkin sampai sini sahaja aku boleh bertahan. sedih memang sedih untuk melepaskan sesuatu yang telah lama aku perjuangkan. maka biarlah aku pergi.
terima kasih untuk 3 tahun yang cukup bermakna ini. aku tahu aku tidak layak sejak dari awal lagi. terima kasih insan-insan benar-benar jujur dan ikhlas dengan diri ini. maaf kerana tak mampu untuk terus bersama kalian. mungkin sampai sini sahaja jodoh kita. aku doa kebaikan dan kejayaan buat kalian semua. terima kasih. takkan pernah aku lupakan kenangan yang telah kita lakar bersama.
fokus untuk benda yang lebih penting.
dan aku mohon,
berubah lah untuk diri kita sendiri, fatin.
tolong.
fatinCullen
Comments
Post a Comment