Fourteenth
assalamualaikum and hello. mungkin kerana terlalu lama hilang dan menyepi aku jadi bingung. mau jadi seperti dahulu atau kekal seperti sedia; sendiri dan memendam? mungkin kerana itu rasa mendebarkan itu kembali. buat aku jadi takut, nanar dan bingung sendiri. aku jadi fikir bahawa hidup ini tidak adil. kenapa mereka sahaja yang bahagia, kenapa tidak aku? kerap kali aku menekan hidup, menekan kerja Tuhan. kenapa aku masih di tampuk yang lama? kenapa aku masih begini tanpa ada progress yang boleh untuk dibanggakan? kalau betul hidup ini adil kenapa aku sahaja yang rasa begini? kenapa aku sahaja yang perlu melalui detik-detik hitam yang buat aku perlu hilang dan lesap selama-lamanya daripada orang lain. buat aku mahu menjauh dari yang rapat, menghilang dari yang selalu ada sehingga buat aku jauh dari mereka. kalau dan mungkin. dua perkataan yang tidak memberi apa-apa rasa buat aku tapi kali ini sumpah aku sanggup pergi daripada terus menerus memikirkan segala kemungkinan yang ...