Eighteenth
kau tahu,
dunia ini tidak selalunya indah
mungkin kalau kau punya waktu untuk nikmati terangnya bulan,
indah itu datang
tapi,
apa kau sedar bahawa dunia ini bukan cuma pentas yang ada kau seorang cuma?
apa kau sedar bahawa kau hidup bukan hanya untuk diri kau seorang cuma?
mungkin iya,
mungkin kau bingung
mungkin juga kau kini hilang arah
kerana tiba-tiba soal ini aku bangkitkan?
apa itu cinta?
klise bukan kerana pertanyaan ini keluar dari aku
seorang manusia yang gagal terus dari percubaan untuk mencinta dan dicinta
yang aku tahu, cinta itu satu kekecewaan
cinta itu satu kesedihan yang berpanjangan
sudah hilang, malah kau jadi hambar
lupa sejenak apa yang dinamakan cinta
cinta itu mungkin juga satu kebahagiaan
tapi seketika cuma
kenapa?
kerana pasti ada saja yang akan cuba-cuba meragut rasa
bisa juga kau rasa bahagia yang kejap
bisa juga yang lama
yang pasti?
tidak akan pernah kekal
selamanya
untuk apa aku menulis ini
aku juga bingung
mungkin kerana cinta sudah lama sirna
delapan tahun menanti dan terus kecewa membuahkan rasa seperti ini
sedih?
mungkin.
tawar hati?
itu pasti.
sudahlah
lupakan saja
mungkin juga salah satu nikmat di dunia yang takkan mungkin dapat digapai
aneh bukan? ketika ini, aku mula berfalsafah sedemikian rupa
sedang dulu aku masih percaya akan majisnya sebuah cinta yang bakal datang jika sabar aku tunggu
sekarang?
maaf.
mungkin suatu hari nanti
penat sebenarnya
mahu terus-terus seperti ini
tapi,
once in a blue moon, aku juga tahu akan rasa
s u n y i
maka, aku mohon
kali ini sahaja
biarkan aku bicara
tidak perlu seperti si pujangga cinta
cukup saja ada kamu yang mahu mendengar
kerana selama ini
tiada siapa yang sudi
mendengar
fatinCullen
Comments
Post a Comment