20th.
Assalamualaikum dan hello.
Sudah lama saya tidak menulis dan hari ini saya menulis kerana sejak semalam, isu yang sama asyik bermain di fikiran. Tiada siapa yang boleh untuk saya luahkan, maka saya mahu muntahkan semuanya di sini.
Tahun ini usia saya sudah menginjak ke umur 30 tahun. Umur yang baru dan angka depan yang baru. Banyak yang berlaku sepanjang 30 tahun ini. Sudah berblogging semenjak di bangku sekolah rendah lagi sehingga sekarang. Mungkin terkadang hanya satu entry untuk tiga tahun tapi percayalah bayangan saya masih ada dalam dunia ini.
Bercerita menginjak ke usia yang lebih dewasa ini sudah pasti soal jodoh sentiasa bermain di fikiran. Apatah lagi melihat satu per satu kawan-kawan yang seumuran sudah pun mendirikan rumah tangga dan juga telah mengikat tali pertunangan. Dua tahun kebelakangan ini pula memang ramai sahabat baik saya yang sudah bertukar status. Happy? Sudah tentu, semoga kebahagiaan milik mereka dunia dan akhirat. Sedih? Betul, sebab selepas ini hubungan persahabatan ini mungkin sudah tidak sama lagi tapi saya faham dan maklum. Jealous? Tidak. Perasaan yang tepat untuk menggambarkan perasaan ini ialah; 'Ya Allah, saya bila?'
'Kau yang memilih'
'Kau terlampau high standard'
'Kau tengok muka ja ni'
'Tidak payah terlampau fikir kerja dia. Asal ada kerja boleh tu'
'Ada pun yang suka, kau yang tidak mau'
Dannn, banyak lagi.
Kan? Saya pun kadang-kadang tidak faham dengan diri sendiri. Saya mahu apa sebenarnya? Kadang jenis lelaki yang saya mahukan berubah-ubah mengikut drama apa yang saya sedang tengok haha. Kadang-kadang saya mahu yang biasa-biasa sahaja tapi kadang-kadang mahu yang luar biasa. Ikut timing dan ikut situasi ketika ditanya. Tapi kalau fikir betul-betul saya mahu yang bagaimana sebenarnya?
Usaha? Hahahah. Minta dikenalkan, sudah. Minta dijodohkan, sudah. Lewat media perkenalan, sudah. Lewat media sosial, sudah. Di tempat kerja? Sudah. Berjalan, tengok dunia. Sudah. Jangan memilih, sudah. Cuba terima yang suka kau, sudah.
Pokoknya, semua sudah. Kecuali satu. Reply thread ikhtiar jodoh.
Maka, satu kerja gila saya buat kemarin. Awal pagi lalu di thread seorang lelaki 31 tahun mencari jodoh di thread. Ciri-ciri lelaki itu semua memenuhi kriteria minimum yang saya mahukan. Okay, ni kali lah. Mari beranikan diri untuk dm dahulu.
Tapi! Laju pula tangan scroll thread sendiri. Memadam beberapa postingan yang saya rasa tidak sesuai untuk menjadi tatapan lelaki tersebut kalau betul dia juga berminat untuk bertaaruf. Cek punya cek punya cek. Banyak juga ya postingan yang saya padam padahal thread bukan tempat saya selalu memuntahkan isi hati. Bahkan jarang juga saya buka. Tapi sekali saya buat postingan maybe kata-kata yang saya gunakan terlalu galak dan menunjukkan saya panas baran. Mind you, ciri-ciri wanita yang lelaki tu mahu; tidak panas baran. Jadi saya mungkin sedikit insecure hahahaha.
Jadi, saya mula menilai semula diri. Okay yang ini akan kedengaran bongkak. Cantik? Sedap mata memandanga insha Allah. Kerja? Alhamdulillah. Keluarga? Walaupun mulut macam bergaduh walaupun sedang bercakap biasa, tapi alhamdulillah. Circle? Kawan-kawan saya semua alhamdulillah yang baik-baik.
Ting! Tiba-tiba saya dapat jawapan.
Hubungan dengan Allah.
Sikap saya sebagai seorang wanita.
Yes, dua benda ini yang saya kurang. Malah terlalu banyak yang perlu untuk saya perbaiki. Sangaaaaaat banyak. Sebab itu, saya banyak padam postingan sendiri. Well, walaupun thread tempat untuk saya boleh jadi diri sendiri tapi tetap saya masih belum boleh menerima diri saya yang itu.
Kata-kata orang seperti
'Love yourself first before loving others'
'Dekatkan diri dengan Allah'
'Perbaiki diri kepada yang lebih banyak, jodoh insha Allah akan datang sendiri'
Wow.
It does make sense. And it took me years to finally understand this. Why? Sebab sebelum ini saya selalu rasa saya sudah bersedia untuk ada pasangan, bertukar status. Bagi saya, saya sudah ready untuk menjadi seorang isteri dan menjaga kebajikan keluarga kecil yang akan saya bina bersama sang suami. Eitching.
Tapi itulah, realization comes when you least expected. Macam mana mau cakap aaa, bangun-bangun ja terus ditampar realiti. Nuahhhhh. Begitu.
Kalau sebelum ini saya selalu sedapkan hati dengan ayat-ayat:
'Mungkin belum sampai rezeki'
'Mungkin jodoh saya tu sudah meninggal, jadi saya ditakdirkan untuk solo di dunia'
'Mungkin saya tidak cukup cantik dan kurus. Kena kurus dulu ni baru yakin'
'Mungkin tiada rezeki la ba ni mau berkasih sayang'
Tapi kemarin apa yang saya boleh fikir hanya satu:
'Saya belum ready mau berkenalan untuk serius'
Maka, fokus kepada diri sendiri dulu lah ya? Betul, sebelum ini saya memang ulang benda yang sama tapi itu lah. Sebelum ini saya fokus dengan belajar manage emosi sendiri. Belajar untuk tidak terlalu bergantung dengan orang dan jangan terlalu membaca emosi orang lain untuk tentukan emosi saya sendiri. Alhamdulillah, semakin baik dan sentiasa memperbaiki emosi sendiri.
Sekarang saya kena fokus kepada dua benda pula iaitu hubungan dengan Allah dan juga sikap saya sebagai seorang wanita. Supaya saya boleh yakin tanpa rasa insecure ketika ingin berkenalan dengan mana-mana lelaki yang saya mahukan (baca: seperti dalam drama). Tidak perlu lagi padam postingan, tidak perlu lagi hide gambar lama yang sedikit hodoh hahaha.
Jadi, why not kita start sekarang kan? Betul-betul fokus diri sendiri. Oh, financial freedom juga ya. Semoga tahun ini kurang sikit kebergantungan dengan BNPL. Ya Allah, mudahkan saya.
So yeah. Ditampar awal pagi ya kemarin haha.
Doakan saya yah.
FatinjCullen
30 Mac 2026
12.57pm
p/s: Lelaki tu tidak reply dm saya!! Tapi issokay. Mari kita fokus diri sendiri dulu. Chaiyok!
Comments
Post a Comment