Nineteenth
Moving On // Lucki Aprian x Sadexa
Kau tau, dulu sewaktu masih belasan umur aku selalu terfikir bahawa tiga benda ni akan ada selalu dengan aku sehingga aku dewasa nanti. Keluarga, kawan dan juga hobi yang paling aku sayang iaitu menulis. Yakinnya aku waktu tu sebab aku betul-betul pasti yang di masa depan nanti, aku masih lagi ada tiga benda ni dan takkan berubah satu benda pun.
Tapi aku silap. Banyak benda aku silap. Pertama, aku sudah jarang menulis. Puitis? Kalau dulu idea aku mengalir bila menulis, sekarang payah benar. Seolah-olah ada kuasa lain yang menghalang aku untuk keluarkan idea dan menulis setiap bait-bait puitis seperti yang aku suka buat dulu. Malah, bahan bacaan aku pun bukan lagi seperti dulu. Aku lebih suka bacaan yang lebih berat sekarang, mengkritik beberapa benda dan lebih praktikal berbanding kisah-kisah cinta dan dongeng yang menghayalkan seperti novel-novel yang sering aku baca dahulu. Sedih? Sudah semestinya. satu-satunya hobi aku yang boleh aku jadikan sebagai pekerjaan hilang begitu sahaja. Siapa yang tidak sedih?
Seterusnya apa yang aku silap?
Manusia.
Manusia datang dan pergi.
Ada hari ini tidak semestinya ada hari esok. Gembira hari ini tidak semestinya gembira selama-lamanya. Ya, benda ini lah yang membuatkan percaturan hidup aku banyak berubah.
Kawan yang dulu ada, sudah tidak ada lagi sekarang. Kawan baik tempat berkongsi segala rasa sudah hilang dibawa waktu seiring dengan kedewasaan. Aku sebenarnya sedih. Siapa yang tidak sedih kerana hilang kawan? Sebabnya? Aghh, entahlah. Jujur, aku juga bingung tapi cukuplah sekadar aku katakan, semuanya terjadi disebabkan oleh perubahan dalam kehidupan yang menyebabkan semua orang berubah atau lebih tepat. lebih peka dengan keadaan diri masing-masing. Maka, menjauhkan diri atau pergi lebih baik daripada terus menerus menjalin hubungan persahabatan. Cukuplah sekadar sapaan wajib sempena ulang tahun setiap tahun kerana aku memang sudah terbiasa dan tidak dapat diubah lagi.
Raya tahun ini seperti biasa adalah masa untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama dan juga keluarga. Seperti biasa juga aku sangka semuanya masih sama dan sekali lagi aku silap. Atas dasar aku sayangkan persahabatan lama yang sudah terjalin, maka aku cuba untuk kekal rasional dalam perselisihan faham yang berlaku tapi akhirnya aku tetap tewas. No, this is gonna stop. Cukuplah.
Bagi sesetengah orang mungkin benda yang berlaku ini adalah benda kecil dan ada yang anggap benda ini sebagai gurauan cuma. Tapi, cukup. Benda ini bukan benda main. Aku pun sudah tidak ada tenaga dan kuasa untuk melayan hal-hal remeh ini seperti kebiasaannya. Toxic people? Buang sahaja dari hidup walaupun sudah berkawan selama bertahun-tahun. Macam yang aku cakap tadi, semua orang berubah seiring dengan waktu. Tipu kalau aku tidak sayangkan hubungan persahabatan yang telah terjalin sekian lamanya tapi tu lah. Untuk apa berada dalam lingkungan yang menjatuhkan diri sendiri bukan? Buat apa berada dalam lingkungan yang hanya tau menuding jari tanpa bertanya.
Aku sedih dan kecewa sebenarnya. Sebab rentetan peristiwa ini, aku akhirnya dapat lihat siapa yang sebenarnya ada dalam hidup aku yang benar-benar ingin aku terus maju ke hadapan dan bahagia. Siapa yang benar-benar memahami aku dan yang paling penting siapa yang sudah melihat perubahan positif dalam diri aku sehingga aku jadi aku yang sekarang. Bukan mudah. Jadi? Selamat tinggal sahabat yang pernah berkongsi segala rasa dan rahsia dengan aku. Cukup kita kekal sebagai kawan lama sahaja.
'Love people who love you'
Selama ni memang aku tidak ada ramai kawan pun. Keluar ke sana dengan orang yang sama, ke sini dengan orang yang sama. Meluah dengan orang yang sama dan marah dengan orang yang sama. Malah, berkongsi segala rasa dengan orang yang sama. Orang-orang yang sama ini dahulunya banyak tapi sekarang sudah sedikit. Dan, aku benar-benar ingin berterima kasih kepada mereka yang tetap ada dalam hidup aku walaupun aku seperti ini. Walau kadang tidak sependapat tapi aku lega sebab di akhir nanti kami tetap akan tertawa.
Tuhan, tolong jaga mereka untuk aku.
Jujur, aku susah untuk percaya dan sayang orang. Benar-benar susah sebab susah juga untuk aku terima kepercayaan dan kasih sayang daripada orang lain. Mungkin itu juga menjadi asbab kenapa aku selalu menjauh bila orang mula menunjukkan dua benda ini kepada aku kerana pada akhirnya aku takut mereka akan mengecewakan aku. Akhirnya mereka akan pergi begitu sahaja. Ini lah yang paling aku takutkan dan benda ni sudah pun berlaku. Maka, aku ingatkan diri sendiri untuk jangan sesekali cepat percaya dan sayangkan orang kalau tidak aku sendiri yang sakit dan juga orang sekeliling.
Untuk itu, untuk diri kita sendiri Fatin. Cukuplah menjadi seseorang yang terlalu clingy dengan masa lalu atau atas hubungan kawan lama. Cukuplah berpaut pada kenangan yang menyebabkan kau susah untuk move on. Susah untuk buang orang daripada hidup kau. Mungkin memang sudah tiba masanya kita benar-benar menjadi dewasa. Dan tolong, aku mohon jangan takut untuk menjadi seseorang yang baru.
Sebabnya? Sampai bila kita mahu tetap berada di titik yang lama. Jeda dan terus menunggu seperti selalu kan? Maka, kali ini untuk diri kita sendiri, untuk orang-orang yang benar-benar mahu melihat kita bahagia dan terus memperbaiki diri ayuh terus melangkah ke hadapan dan tinggalkan masa lalu sebagai kenangan yang pada akhirnya cukup sekadar diimbas semula sahaja. Ingat, semua ini untuk kebaikan kita sendiri.
Well done, Fatin :)
Fatinjcullen
12:08am
2May2023
Comments
Post a Comment