Fifteenth
assalamualaikum dan hi.
jangan tanya kabar aku ketika ini kerana sudah tentu aku jawab aku makin penat. penat dengan situasi yang mana penghujungnya masih belum jelas kelihatan. penat, penat dan penat!
bukan aku sahaja. malah semua. semua rakyat marhaen yang semakin terjejas kerana pandemik ini. jangn tipu kerana aku tahu semua semakin lelah. rindu pada suasana yang lama.
betul, aku masih cuba untuk beradaptasi dengan keadaan norma baharu ini. face mask, hand sanitizers bagaikan sudah sebati dalam hidup. sejujurnya aku dapat beradaptasi dengan semua ini selepas PKP2 dahulu. namun, apabila PKP sudah masuk ke fasa ketiga, aku makin buntu. mahu sampai bila keadaan seperti ini? sampai bila harus berkurung di rumah tanpa ada aktiviti sosial yang selesa dan seronok seperti dahulu?
ya, aku bekerja dari rumah ketika pandemik ini. betul, ada kebaikan dan keburukan sepanjang WFH ini. namun, aku rindu suasana kerja. mungkin saja aku banyak merungut ketika bekerja di station tapi kalau dibandingkan dengan keadaan sekarang, aku rela untuk kembali bertugas dan merungut bersama rakan-rakan sekerja yang lain. sudah cukup lama tidak bertemu mereka. oh, adakah bertemu di alam maya juga dianggap bertemu?
jujur, aku makin buntu dan perlahan-lahan mati rasa dalam keadaan sekarang ini. sudah tentu aku juga burn out. sudah tentu aku juga stress dengan situasi sekarang. namun, apalah keadaan aku jika dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih terjejas. sungguh, mereka lebih teruk terjejas.
tapi itu lah. sampai bila mahu begini?
terkurung?
sedang kes tetap tiada perubahan positif?
sedang ramai yang sudah cuba menyerah kalah?
cepat sihat, Malaysiaku.
aku rindu akan kamu yang dulu.
Comments
Post a Comment